Larangan laluan beca hanya sementara

Rakaman video yang tular di media sosial tentang seorang pengayuh beca luah rasa tidak puashati apabila dihalang beroperasi di kawasan berhampiran Menara Taming Sari oleh anggota polis trafik. Gambar kecil, Muhammad.
Rakaman video yang tular di media sosial tentang seorang pengayuh beca luah rasa tidak puashati apabila dihalang beroperasi di kawasan berhampiran Menara Taming Sari oleh anggota polis trafik. Gambar kecil, Muhammad.
A
A
A

MELAKA - Larangan bagi pengayuh beca beroperasi di kawasan berhampiran Menara Taming Sari adalah bersifat sementara dan dibuat atas faktor keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Dr Muhammad Md Nor berkata, ia berikutan tularnya rakaman video di media sosial berhubung rasa tidak puas hati seorang pengayuh beca yang dihalang beroperasi di kawasan berhampiran Menara Taming Sari oleh anggota polis trafik.

Menurutnya, larangan sementara itu dibuat kerana pada ketika itu sedang berlangsungnya acara perasmian Menara Taming Sari Base Jump.

"Saya ingin jelaskan tentang perubahan aturan dibuat bagi tujuan keselamatan penerjun, pelancong yang menyaksikan dan membolehkan perkhidmatan beca dan lalulintas terus beroperasi manakala anggota trafik ditempatkan di kawasan itu bagi tujuan mengawal lalu-lintas.

"Untuk makluman, laluan beca tetap disediakan namun dengan sedikit perubahan dan kekal beroperasi seperti biasa," katanya, semalam.

Tambah beliau, aktiviti terjunan di Menara Taming Sari diharap dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong dan sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada pengusaha beca di sekitar kawasan pelancongan itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih dengan kerjasama anggota polis dalam memastikan aliran lalulintas lebih lancar, perkhidmatan beca lebih selamat dan aktiviti 'base jump' dapat dilaksanakan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Melaka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!