Macron kekal Presiden Perancis buat penggal kedua
PARIS - Presiden Perancis, Emmanuel Macron menang dalam Pilihan Raya Presiden pusingan kedua yang diadakan pada Ahad dengan meyakinkan apabila mengalahkan pesaingnya, Marine Le Pen.
Kemenangan tersebut bermakna Macron mengekalkan penggal kedua pemerintahannya untuk tempoh lima tahun lagi apabila kali pertama memenanginya pada tahun 2017 dengan memperoleh undi 66.1 peratus apabila mengalahkan Le Pen.
Macron, 44, ialah presiden Perancis pertama yang berjaya memenangi penggal kedua dalam tempoh dua dekad.
Beliau memperoleh lebih 57 peratus undi manakala Le Pen pula lebih 40 peratus undi.
Pada 10 April lalu, Macron mendapat sebanyak 27.85 peratus undi, Le Pen, 53, mendapat 23.15 peratus undi manakala ahli politik veteran, SoJean-Luc Melenchon, 70, memperoleh 23.15 peratus undi dalam pusingan pertama pilihan raya tersebut.
Seramai sembilan lagi calon bertanding dalam pusingan pertama pilihan raya tersebut.
Pusingan kedua pilihan raya Presiden terpaksa diadakan kerana tiada calon yang memenangi undi majoriti kukuh bagi diisytiharkan pemenang jawatan itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!