Kakitangan kerajaan UAE cuti raya sembilan hari
DUBAI - Kakitangan kerajaan Persekutuan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mendapat cuti selama sembilan hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas ia diluluskan oleh kabinet UAE baru-baru ini.
Cuti itu akan bermula dari 30 April hingga 6 Mei depan.
Kakitangan kerajaan itu akan mendapat cuti panjang memandangkan 30 April dan 1 Mei jatuh pada hari Sabtu dan Ahad.
Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 2 Mei depan.
Syarikat swasta di UAE pula akan mendapat cuti selama lima hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bagaimanapun, kakitangan kerajaan persekutuan akan kembali bekerja iaitu pada 9 Mei 2022.
Ini adalah disebabkan 7 Mei dan 8 Mei juga merupakan hari Sabtu dan Ahad kerana kakitangan kerajaan tidak bertugas pada kedua-dua hari tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!