Allianz General, Bateriku lancar ‘Allianz PerlindunganKu’

Sean Wong (dua,kiri) dan Azarol Faizi (tiga,kiri) ketika majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Alianz General Insurance dan Bateriku (M) Sdn Bhd di Menara Allianz Sentral di sini pada Isnin.
Sean Wong (dua,kiri) dan Azarol Faizi (tiga,kiri) ketika majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Alianz General Insurance dan Bateriku (M) Sdn Bhd di Menara Allianz Sentral di sini pada Isnin.
A
A
A

ALLIANZ General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dengan kerjasama Bateriku (M) Sdn Bhd melancarkan ‘Allianz PerlindunganKu’ untuk komuniti B40 yang berdaftar dengan Bateriku.com

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sean Wong berkata, kerjasama strategik itu membolehkan Bateriku.com bekerjasama sebagai ejen Allianz General untuk menawarkan ‘Allianz PerlindunganKu’ di bawah program Baucar Perlindungan Tenang (BPT) kerajaan.

“Melalui kolaborasi ini kami berharap ia dapat menjangkau segmen yang lebih besar bukan hanya untuk menawarkan mereka penyelesaian melalui insurans tetapi mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perlindungan keselamatan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Alianz General Insurance dan Bateriku (M) Sdn Bhd di Menara Allianz Sentral di sini pada Isnin.

Menurut Sean, pelanggan Bateriku.com yang layak digalakkan untuk membeli Allianz PerlindunganKu menggunakan BPT iaitu inisiatif kerajaan untuk meringankan beban golongan B40 jika berlaku kecederaan akibat kemalangan.

“Dengan nilai Bateriku.com dan komitmen teguh kepada pelanggan dan rakan niaga mereka kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka dalam memacu inisiatif bagi melindungi segmen B40,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku (M) Sdn Bhd, Azarol Faizi Zakaria Ansari berkata, sejak penubuhannya pada 2014, Bateriku.com telah melatih hampir 1,000 orang juruteknik (BHero)

“Kita berjaya melahirkan hampir 100 orang usahawan Bateriku.com (BPreneur) dan lebih 3,000 rakan niaga perkhidmatan dan alat ganti automotif (BBuddy),” katanya.

Azarol berkata, kerjasama yang dimeterai mampu menjadi nilai tambah kepada pelanggan setianya selama ini.

“Sebagai penyedia perkhidmatan bantuan tepi jalan yang terbesar, kami perlu sentiasa mencari kaedah untuk melindungi petugas barisan hadapan kami iaitu Bhero, BPreneur dan BBuddy,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!