Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi

Isteri Allahyarham, Rohani menyiram air mawar selesai upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20 pada Isnin. - Foto Bernama
Isteri Allahyarham, Rohani menyiram air mawar selesai upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20 pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini pada 2.45 petang tadi.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar, Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah, selepas penghormatan terakhir yang diadakan di masjid berkenaan.

Nor Azamir turut membacakan talkin selepas Allahyarham dikebumikan, yang turut dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga dan sahabat di tanah perkuburan itu.

Ali, 66, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland Khamis lepas.

Anak Allahyarham, Azman yang mewakili ibunya, Puan Sri Rohani Abdullah mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat dan orang ramai yang membantu menguruskan pengebumian ayahnya.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terbalas kepada semua sahabat dan ahli keluarga yang hadir untuk mengakhiri proses pengebumian ayahanda kami,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!