Beberapa kawasan di KL dilanda banjir kilat
KUALA LUMPUR - Hujan lebat sekitar Kuala Lumpur pada petang ini telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa lokasi.
Info Cuaca Malaysia menerusi laman Facebook memaklumkan beberapa lokasi terbabit antaranya Jalan Semantan, Jalan Parlimen dan Jalan Kuching.
Selain itu, banjir kilat turut berlaku di Jalan Changkat Thambi Dollah, Travers dan di sekitar kawasan berhampiran Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bagaimanapun, anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKL telah berada di lapangan untuk melancarkan aliran lalu lintas di kawasan yang terbabit.
Perkongsian Info Cuaca Malaysia di laman Facebook miliknya itu mendapat perkongsian sebanyak 208 kali dengan pelbagai reaksi pelayar dikongsi di ruangan komen.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!