PM rai warga Felda pada majlis berbuka puasa

Ismail Sabri beramah mesra bersama para hadirin pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Warga Felda di Kompleks Seri Perdana pada Isnin. - Foto Bernama
Ismail Sabri beramah mesra bersama para hadirin pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Warga Felda di Kompleks Seri Perdana pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin berbuka puasa bersama warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dari seluruh negara di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Turut serta ialah Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh; Pengarah Besar Felda, Amiruddin Abdul Satar; Pengerusi FGV Holdings Bhd, Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Majlis yang dihadiri kira-kira 900 tetamu itu turut diserikan dengan kehadiran 31 anak yatim dari Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting, Selangor.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyerahkan 'mock cheque' zakat perniagaan FGV Holdings Bhd bernilai RM33.57 juta kepada 14 wakil dari majlis agama Islam.

Ismail Sabri menyerahkan replika cek sumbangan zakat perniagaan FGV Holding kepada Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, Datuk Halidan Md Daud. - Foto Bernama
Ismail Sabri menyerahkan replika cek sumbangan zakat perniagaan FGV Holding kepada Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat Pahang, Datuk Halidan Md Daud. - Foto Bernama

Ismail Sabri seterusnya menunaikan solat Maghrib, dan kemudiannya Isyak serta tarawih secara berjemaah dengan diimamkan oleh Imam Masjid Putra Ahmad Termizi Zainudin. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!