Pas kecam tindakan melampau Trump

Abdul Hadi Awang - Foto SHARIFUDIN ABD RAHIM
Abdul Hadi Awang - Foto SHARIFUDIN ABD RAHIM
A
A
A

MARANG - Pas megecam permohonan dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengiktiraf penjajahan Israel di Bukit Golan yang dirampas pada 1967.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas berpandangan tindakan terbaharu Trump ini adalah melampau dan boleh menambahkan keganasan yang mengancam keamanan dunia.

Menurutnya, tindakan jelas menunjukkan kesombongan Presiden AS yang dipengaruhi Zionis dengan tidak menghormati pemilik asal bumi Palestin dan meneruskan agenda peluasan kuasa Zionis di Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump bikin kecoh lagi

"Pas mengekalkan pendirian tidak mengiktiraf cadangan Dua-Negara (Two-State) dan menolak sebarang tindakan hegemoni Zionis yang hanya mendatangkan ketegangan di rantau Timur Tengah dan dunia keseluruhannya," kata, hari ini.

Trump melanggar dasar Timur Tengah AS apabila pada Khamis lalu beliau menulis di Twitter bahawa sudah tiba masanya penjajahan Israel di Bukit Golan diiktiraf.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!