Dua dron Ukraine ditembak jatuh di wilayah Rusia
MOSCOW - Dua buah dron Ukraine musnah di Wilayah Kursk, Rusia yang bersempadan dengan Ukraine, kata gabenornya, Roman Starovoyt baru-baru ini.
Menurut Starovoyt di media sosial, Tentera Udara Rusia menembak jatuh dua dron Ukraine awal pagi Isnin di kampung Borovskoye.
Beliau berkata, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.
"Amaran pengganas di rantau ini akan dilanjutkan," tambah Starovoyt.
Gabenor itu sebelum ini berkata, peluru mortar telah mengenai lintasan sempadan dengan Ukraine pada Sabtu lalu tetapi tiada melibatkan kemalangan jiwa dilaporkan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!