Klip video raya kontroversi: Aliff Syukri hadir ke SKMM

Aliff Syukri tiba pada jam 9.58 pagi di pekarangan Ibu Pejabat SKMM.
Aliff Syukri tiba pada jam 9.58 pagi di pekarangan Ibu Pejabat SKMM.
A
A
A

CYBERJAYA - Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tiba di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa untuk memberi keterangan dan dirakam percakapan berhubung video muzik Hari Raya Aidilfitri yang menjadi kontroversi.

Aliff Syukri yang memakai kot kelabu dan seluar hitam tiba pada jam 9.58 pagi dan sempat menyapa pemberita yang menunggu kehadirannya.

"Maaf ya, saya kena masuk ke dalam," katanya sambil berlalu menuju ke ruang lobi Ibu Pejabat SKMM.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-Kom) Tan Sri Annuar Musa pada Isnin berkata, individu terlibat di dalam video muzik berkenaan sudah diberi notis untuk hadir ke SKMM.

Satu kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dibuka.

Sebelum ini, video muzik yang dikeluarkan sempena Hari raya Aidilfitri itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak berikutan memaparkan penari lelaki yang berperwatakan wanita.

Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menyifatkan usahawan tersebut seolah-olah mempromosikan gaya hidup songsang melalui video muzik berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!