Bomba tidak terima aduan, gempa bumi di Kundasang

Gempa bumi berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur di Kundasang, dikesan pada jarak 14 kilometer Barat Laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.
Gempa bumi berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur di Kundasang, dikesan pada jarak 14 kilometer Barat Laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.
A
A
A

RANAU - Tiada aduan atau panggilan kecemasan diterima oleh pihak bomba susulan kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di Kundasang pada pagi Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Talib berkata, bagaimanapun pemantauan dibuat di sekitar Pekan Ranau bagi memastikan keadaan selepas berlakunya gempa bumi itu.

"Setakat ini keadaan terkawal dan hasil laporan pasukan bomba yang memantau, tiada kerosakan bangunan dilaporkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebelum itu, gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Ricther dikesan berlaku di Kundasang, pada jam 9. 28 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur di Kundasang, dikesan pada jarak 14 kilometer Barat Laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.

Gegaran dirasai di sekitar Ranau namun tiada ancaman tsunami kepada negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!