Anak tapir lahir di Pusat Konservasi Perhilitan Sungai Dusun
SHAH ALAM - Seekor anak tapir betina dilahirkan di Pusat Konservasi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Sungai Dusun, Hulu Selangor pada Isnin.
Video berdurasi 0.21 saat menunjukkan kelahiran anak tapir hasil pasangan tapir betina dikenali Bera dan tapir jantan, Gadek itu dikongsikan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian.
Menerusi info yang dikongsi Loy Sian, anak tapir seberat 9 kilogram itu dilahirkan pada jam 3.53 petang Isnin.
"Ukuran panjang badan anak tapir dilahirkan pada bahagian kepala ialah 24 sentimeter, badan 57 sentimeter, manakala ukuran dada 48 sentimeter dan tinggi 36 sentimeter.
"Anak tapir itu ketika ini berada dalam keadaan sihat dan stabil," katanya dalam Facebooknya pada Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!