Transformer milik TNB terbakar
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam tadi dan api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 12.45 tengah malam.
Komander Operasi, Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Kanan Bomba II, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.16 malam mengenai kejadian tersebut.
Menurutnya, kebakaran melibatkan minyak mekanikal yang terdapat dalam pengubah terbabit.
"Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dengan kekuatan enam anggota telah digerakkan dan tiba di lokasi sekitar jak 9.47 malam.
"Kita menggunakan kaedah penyejukan dan penyelimutan menggunakan buih untuk kaedah pemadaman utama dan berjaya mengawal api kira-kira jam 12.45 malam tadi," katanya kepada Sinar Harian.
Ujarnya, setakat ini, operasi masih berjalan untuk mengawal kepanasan minyak, kerja-kerja penyejukan unit terbakar dan unit bersebelahan.
Ujarnya, selain Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran, operasi mendapat bantuan daripada Bukit Angin, Bentong, Jengka, Indera Mahkota, bomba sukarela Perting, Bentong dengan kekuatan 38 anggota bersama enam buah jentera dan dua EMRS.
"Setakat ini siasatan dan anggaran kerugian masih dalam taksiran," jelasnya.
Kebakaran di pencawang TNB Kg Awah,Chenor..info awal kejadian pihak Bomba menerima panggilan pada jam 9.16 malam tadi... Balai Bomba dan Penyelamat Maran ke lokasi kejadian... Video ihsan orang awam
Posted by Sinar Harian Edisi Pahang on Sunday, March 24, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!