Bersahur bersama ‘frontliner’

Khaliq Mehtab (dua dari kanan) menikmati hidangan sahur bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas.
Khaliq Mehtab (dua dari kanan) menikmati hidangan sahur bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas.
A
A
A

BUTTERWORTH - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) meneruskan acara tahunan Program Perda4U: Singgah Sahur 2022 dengan menyantuni petugas barisan hadapan di beberapa agensi kerajaan sekitar negeri ini.

Memasuki tahun ke empat penganjuran program terbabit, ia dilaksanakan bagi menghargai khidmat mereka yang bertugas pada waktu malam sekali gus menyemarakkan kecerian Ramadan.

Pengerusi Perda, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berkata, sebanyak 650 pek makanan diedarkan melalui beberapa siri konvoi di beberapa daerah di negeri ini sejak minggu lalu.

Khaliq Mehtab (kiri) menyantuni kakitangan Hospital Kepala Batas selepas menyerahkan pek makanan yang dibawa peserta konvoi Program Perda4U: Singgah Sahur 2022.
Khaliq Mehtab (kiri) menyantuni kakitangan Hospital Kepala Batas selepas menyerahkan pek makanan yang dibawa peserta konvoi Program Perda4U: Singgah Sahur 2022.

Menurutnya, bagi siri kedua destinasi edaran pek makanan melibatkan Hospital Kepala Batas dan Seberang Jaya, Balai Polis Butterworth, Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas serta Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Bertam.

"Program tahunan ini diadakan bagi menzahirkan penghargaan kepada mereka yang sanggup berkhidmat dengan menyumbang kepada negara.

"Kita harap dengan pengedaran pek makanan ini akan memberi keceriaan dan semangat kepada mereka yang terpaksa bertugas pada waktu malam hingga ke pagi dan memudahkan mereka untuk bersahur," katanya ketika ditemui media selepas selesai program berkenaan pada Sabtu.

Khaliq Mehtab membantu kakitangannya mengangkat pek makanan yang akan diedarkan kepada petugas barisan hadapan di beberapa agensi kerajaan sekitar Pulau Pinang.
Khaliq Mehtab membantu kakitangannya mengangkat pek makanan yang akan diedarkan kepada petugas barisan hadapan di beberapa agensi kerajaan sekitar Pulau Pinang.

Konvoi sembilan kenderaan yang melibatkan 30 kakitangan dan pegawai itu bergerak dari Ibu Pejabat Perda di Kampung Gajah bermula jam 12 tengah malam sebelum singgah menyantuni petugas di setiap destinasi.

Khaliq Mehtab berkata, rombongan mereka membawa pek makanan lengkap dengan hidangan nasi putih berserta ayam masak merah, sayur, buah-buahan, minuman dan pencuci mulut.

Warga Perda bergerak untuk menyerahkan edaran pek makanan bersahur khusus untuk mereka yang bertugas pada waktu malam.
Warga Perda bergerak untuk menyerahkan edaran pek makanan bersahur khusus untuk mereka yang bertugas pada waktu malam.

Katanya, program itu bukan sahaja menjadi aktiviti santai di kalangan kakitangan Perda malah ia mengeratkan lagi silaturahim badan korporat itu dengan agensi kerajaan lain di negeri ini.

Tambah beliau, sudah semestinya program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang malah pihaknya berhasrat untuk memperluaskan lagi liputan pengedaran pek makanan ke seluruh negeri ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!