Anzalna enggan tipu peminat

Pelakon, Anzalna Nasir
Pelakon, Anzalna Nasir
A
A
A

TAHU akan implikasi buruk andai berbohong, pelakon cantik, Anzalna Nasir enggan menerima sebarangan tawaran menjadi duta produk.

Baginya biarlah dia mencuba terlebih dahulu sehingga nampak hasil barulah akan dipertimbangkan sama ada mahu bergelar duta atau tidak.

Bagaimanapun menurut pemilik nama sebenar, Nur Anzalna Md Nasir, 31, dia lebih selesa untuk menjadi pengguna sahaja. Ini kerana dia percaya perkongsian mengenai produk yang dipakai akan lebih jujur dan ikhlas daripada hati.

Anzalna mengulas pertanyaan kenapa tidak menjadi duta produk kakak iparnya, Diyanah Zaki, ketika ditemui di majlis pelancaran produk V Sensual Premium Intimate Wash keluaran syarikat DD Secrets Sdn. Bhd.

"Sebenarnya kakak ipar sudah offer lama tapi saya sendiri tak cuba lagi produk dia sehinggalah baru-baru ini.

"Sebab bagi saya apa sahaja yang dipromosi di media sosial saya kena berlaku jujur dengan pengikut saya.

"Saya akui buat duit memang senang bagi saya untuk promo produk. Tetapi lagi penting dan berkat sekiranya saya kongsi produk yang saya sudah pakai serta nampak perbezaan.

Artikel Berkaitan:

"Bila saya ditawarkan jadi duta, saya lebih suka jadi pengguna dan ikhlas. Kalau jadi duta saya rasa macam kena lebih kepada promo produk dan tak berlaku jujur dengan diri sendiri termasuk orang umum," katanya tegas.

147206
147206

Menurut isteri kepada Hanif Zaki, dia seorang yang susah untuk mengambil suatu produk untuk mencuba sebab pernah mengalami episod buruk.

"Pernah berlaku pada kulit saya rosak dan ambil masa yang lama. Daripada situ saya belajar untuk tidak sewenangnya percaya dengan produk-produk yang sedia ada di pasaran.

"Mengenai produk ini, katanya perkongsian rumusan daripada Nona Roguy. Umum tahu rumusan daripada pelopor produk berkhasiat itu memang natural produk.

"Oleh sebab itu saya percaya sebab generasi ahli keluarga saya juga pakai," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!