Tukang Jahit
A
A
A
Kehilangan kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan kira-kira 10 tahun lalu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus memajukan dirinya dengan menceburkan diri dalam bidang jahitan.
Anak bongsu daripada empat beradik itu yang berjalan menggunakan kaki palsu dan tongkat berkata minat dalam bidang jahitan mula sebati dalam dirinya selepas mempelajari kemahiran itu selama setahun dan memperoleh pengalaman sebagai tenaga pengajar selama kira-kira lima tahun di pusat latihan Warisan Gemilang.
Dianah seterusnya memberanikan diri untuk menumpukan perniagaan sendiri dengan mengambil tempahan menjahit pakaian dan pelbagai produk antaranya sarung bantal dan langsir menggunakan mesin jahit lurus dan mesin jahit halus di rumahnya. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!