Pemilihan tema ‘Dunia Bersujud’ langkah tepat

Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemilihan tema ‘Dunia Bersujud’ menerusi penganjuran World #QuranHour pada tahun ini disifatkan sebagai satu langkah yang tepat pada masa ini.

Qari, Ahmad Tirmizi Ali berkata, ia memandangkan manusia sebelum ini jauh dengan ALLAH SWT serta banyak melakukan maksiat.

“Maka sujud itu memberi satu isyarat kepada perbuatan yang hampir dengan ALLAH. Setiap hamba itu di dalam solat perbuatan sujud itulah antara yang paling rapat dengan ALLAH,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah pada Selasa.

World #QuranHour ini turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli menyertai bacaan Surah Al-Sajdah.

Bagi Qari, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman pula menyifatkan pemilihan Surah Al-Sajdah ini bertujuan bagi mengajak semua masyarakat untuk bersujud kepada ALLAH SWT.

“Maknanya nak bangkitkan kembali ketetapan dan fokus kita ketika sujud itu setelah barangkali banyak ujian kita lalui dan alami. Ayat ini kembali memujuk kita bahawa sebenarnya kita ada ALLAH. Kadangkala kita lalai dan leka serta jauh daripada ALLAH SWT. Itulah sebenar untuk memujuk hati kita kembali bersujud,” jelasnya.

Amirahman Abas
Amirahman Abas

Sementara itu, Qari, Amirahman Abas pula memuji penganjuran World #QuranHour yang diadakan kali ketujuh ini.

“Bagus sebab dia nak menggerakkan semangat mahu membaca al-Quran itu dan melibatkan seluruh dunia. Ada hari-hari yang kita mesti ingat untuk membaca al-Quran. Paling kurang dalam masa satu jam. Saya ingat ia gerakan yang sangat baik digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF),” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!