Mayat lelaki terdampar di Sungai Klang

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang ditemui terdampar di Sungai Klang berhampiran jambatan besi Desa Mentari, Petaling Jaya pada Selasa.
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang ditemui terdampar di Sungai Klang berhampiran jambatan besi Desa Mentari, Petaling Jaya pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki ditemui terdampar di Sungai Klang berhampiran jambatan besi Desa Mentari, Petaling Jaya pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam.

Menurutnya, pasukannya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat itu pada jam 9.05 malam.

"Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mayat lelaki itu berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!