Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Laut ke-88

Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera TLDM ke-88 kepada seluruh warganya. - Foto Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera TLDM ke-88 kepada seluruh warganya. - Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-88 kepada seluruh warganya.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara pada Rabu, ucapan berkenaan turut ditujukan Al-Sultan Abdullah kepada veteran dan semua yang pernah berkhidmat dengan TLDM.

"Jasa, khidmat dan bakti TLDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan perairan negara amat dihargai dan disanjungi.

"Semoga TLDM terus menjadi sebuah angkatan laut yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. Syabas dan tahniah,” titah baginda. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!