BDB Land edar cenderahati rai kepulangan anak Kedah

Che Had (dua dari kiri) mengedarkan cenderahati kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Hutan Kampung di Alor Setar di sini pada Selasa.
Che Had (dua dari kiri) mengedarkan cenderahati kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Hutan Kampung di Alor Setar di sini pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Sempena sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba, BDB Land Sdn Bhd (BDB Land), anak syarikat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) mengambil inisiatif mengedarkan cenderahati kepada pengguna lebuh raya untuk menyemarakkan lagi sambutan perayaan berkenaan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan BDB, Che Had Dhali berkata, pengedaran cenderahati itu dilakukan di lima lokasi iaitu Plaza Tol Alor Setar (Utara), Alor Setar (Selatan), Hutan Kampung, Sungai Petani (Utara) serta Sungai Petani (Selatan).

Katanya, sebagai anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan BDB dan BDB Land mengalu-alukan kepulangan anak-anak negeri ini ke kampung halaman.

"Setelah dua tahun kita merayakan Aidilfitri dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini tiba masanya untuk seluruh umat Islam bergembira dan merayakannya dengan penuh meriah tanpa melupakan standard operasi prosedur (SOP) yang ditetapkan," katanya ketika ditemui Majlis Pengagihan Cenderahati sempena Aidilfitri di Plaza Tol Hutan Kampung di sini pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Divisyen Hartanah dan Leisure, Zawawi Wahab dan Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed.

Menurutnya, BDB Land turut mengambil peluang dengan memperkenalkan produk -produk terbaharu mereka sambil beramah-mesra dengan anak-anak Kedah yang pulang ke kampung.

"Lebih 500 pengguna lebuh raya bertuah menerima beg cenderahati yang mengandungi sampul duit raya, pemacu kilat USB yang mengandungi risalah serta video promosi BDB Land, pelitup muka dan pembersih tangan," katanya.

Che Had menambah, syarikat turut mempromosikan projek pembangunan yang sedang dan akan dibangunkan di perbandaran-perbandaran milik BDB Land

"Untuk makluman BDB Land bertanggungjawab dalam membangunkan tiga perbandaran utama iaitu Bandar Darulaman di Jitra, Darulaman Utama di Kuala Ketil dan Darulaman Perdana di Sungai Petani," katanya.

" Di kesempatan ini juga saya mewakili Kumpulan BDB ingin mengucapkan 'selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin' kepada seluruh muslimin dan muslimat khasnya anak-anak Kedah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!