Semua rakyat Johor terima beras 10kg

Onn Hafiz (lima dari kanan) dan Exco kerajaan negeri bergambar selepas Majlis Pelancaran Bantuan Kasih Bangsa Johor pada Rabu.
Onn Hafiz (lima dari kanan) dan Exco kerajaan negeri bergambar selepas Majlis Pelancaran Bantuan Kasih Bangsa Johor pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor akan mengagihkan bantuan 10 kilogram (kg) beras untuk semua 3.67 juta penduduk di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sumbangan melalui Inisiatif Bantuan Kasih Bangsa Johor itu akan mula diagihkan secara berperingkat sehingga 31 Mei depan.

"Hari ini (27 April) sehingga Hari Raya Aidilfitri kita akan mengedarkan kira-kira 172,500 kampit beras dan bakinya akan dilakukan secara berperingkat sehingga semua menerimanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bantuan Kasih Bangsa Johor di Dataran Mahkota, Kota Iskandar di sini, pada Rabu.

Onn Hafiz berkata, usaha itu bertujuan memberi memberi sumbangan kepada semua golongan masyarakat sekali gus memastikan tiada pihak yang tertinggal daripada menerima bantuan.

"Ia merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata, pengagihan bantuan berkenaan akan dikoordinasikan oleh pejabat daerah selain dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sementara Penyelaras DUN di kawasan pembangkang.

"Jika ada sebarang masalah boleh berhubung dengan pejabat daerah atau ADUN masing-masing. Kita lihat tiada masalah dan bantuan ini memang cukup. Simpanan pun ada untuk mereka yang tertinggal," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!