Tottenham terpaksa lupakan khidmat Skipp

Skipp ketika beraksi menentang Crystal Palace di Stadium Tottenham Hotspur, London, Disember lalu. - Foto AFP
Skipp ketika beraksi menentang Crystal Palace di Stadium Tottenham Hotspur, London, Disember lalu. - Foto AFP
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur terpaksa melupakan khidmat Oliver Skipp dalam baki saingan musim ini selepas tonggak tengah menjalani pembedahan kecederaan pangkal paha, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Pemain berusia 21 tahun itu yang telah melakukan sebanyak 28 penampilan dalam semua kejuaraan pada musim ini kali terakhir diturunkan ketika kelab London tersebut tewas 0-2 kepada Chelsea dalam perlawanan liga pada 23 Januari lalu.

“Kelab mengesahkan Oliver Skipp telah selesai menjalani pembedahan di Amerika Syarikat akan diketepikan untuk baki saingan musim ini.

"Graduan akademi kini akan menjalani tempoh pemulihan dan dijangka kembali menjalani latihan untuk tempoh pramusim,” kata Spurs dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Skipp menghabiskan musim lalu secara pinjaman bersama kelab Liga Kejuaraan Norwich City sebelum kembali memperkuatkan Tottenham sebagai pemain utama pasukan tersebut.

The Lilywhites kendalian Antonio Conte yang berada di kedudukan kelima liga - dua mata di belakang Arsenal dengan baki lima perlawanan dalam perebutan slot ke Liga Juara-Juara musim depan, dijadualkan berdepan Leicester City di Stadium King Power pada Ahad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!