Permintaan bekalan air Kelantan lebihi kemampuan menjelang raya

Mohd Ashri (kanan, atas) dan Hizaruddin (kanan, bawah) dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ secara dalam talian pada Rabu.
Mohd Ashri (kanan, atas) dan Hizaruddin (kanan, bawah) dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ secara dalam talian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berdepan dengan kekangan permintaan bekalan air yang tinggi melebihi kemampuan dari apa yang mampu dibekalkan ketika ini terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Jabatan Operasinya, Mohd Ashri Awang berkata, cabaran tersebut berikutan ia melibatkan kadar rizab margin negeri yang hampir kepada kosong peratus.

Menurutnya, berdasarkan simpanan air bagi pertambahan penduduk, AKSB berkemungkinan perlu mencari kaedah lain.

“Bagaimanapun dalam masa terdekat ini, kita telah pun berusaha untuk menambah bekalan air di loji-loji yang dianggap bakal memberi kesan ekoran pengguna yang balik ke Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ pada Rabu.

Ashri ketika menjadi panelis dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ pada Rabu.
Ashri ketika menjadi panelis dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Ashri berkata, Kelantan merupakan antara destinasi pilihan perantau dari luar yang akan kembali ke negeri tersebut dan bilangannya dijangka mencecah hampir dua juta orang.

Justeru, AKSB turut merancang untuk mengurangkan bekalan air ke kawasan-kawasan yang tidak memerlukan bekalan semasa musim perayaan.

“Contohnya di kawasan industri dan juga kawasan di mana kedai yang kita bekalkan air. Jadi mungkin kita boleh kawal bekalan ke kawasan terbabit dengan memberi lebih tumpuan ke kawasan-kawasan kediaman pengguna.

“Insya-ALLAH kita dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah bekalan air yang akan terjadi dalam tempoh musim perayaan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Kanan Jabatan Agihan/NRW Syarikat Air Darul Aman (SADA), Hizaruddin Razak berkata, pihaknya juga turut membuat persediaan dalam aspek pembersihan serta pembaikan paip pecah semasa musim perayaan.

Jelasnya, SADA telah menempatkan kontraktor-kontraktor termasuk staf dalaman untuk bertugas pada waktu itu.

Hizaruddin ketika menjadi panelis dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ pada Rabu.
Hizaruddin ketika menjadi panelis dalam sebuah program webinar khas bertajuk ‘Air Raya: Memastikan Kelestarian Bekalan’ pada Rabu.

“Sekarang ini, kita sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sendiri dengan 98 peratus daripadanya dilaksanakani oleh staf SADA.

“Untuk ini memang kita sudah kenal pasti kawasan-kawasan yang ‘red spot’ (lokasi merah) dan bermasalah. Kita juga telah sediakan lori-lori tangki.

“Jadi untuk ini, kita sudah buat penjadualan semula dengan lori-lori tangki yang akan mengagihkan bantuan bekalan kepada penduduk ketika musim perayaan,” jelasnya.

Turut hadir adalah Pengarah Kanan Bahagian Operasi Wilayah (SPAN), Ir. Mohd Jalaludin Sulaiman; Ketua Jabatan Kawal Selia Operasi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Ir. Mohd Azizi Abdullah dan Mohd Fazil Ismail yang bertindak sebagai moderator.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!