Tiada lagi laporan harian Covid-19
PUTRAJAYA- [DIKEMAS KINI] Malaysia tidak lagi mengeluarkan laporan harian berhubung penularan jangkitan Covid-19.
Sebaliknya kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, laporan itu akan dikeluarkan pihaknya secara mingguan.
"Esok (Khamis) merupakan hari terakhir KKM akan mengeluarkannya," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya pada Rabu.
Sejak dua tahun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan pelaporan harian Covid-19 sebagai makluman situasi pandemik itu di negara ini.
Pelaporan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!