Empat warung terbakar
JERANTUT - Empat buah warung makan di Jalan Temin-Jerantut di sini musnah akibat kebakaran pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kemusnahan akibat kebakaran itu dianggarkan 90 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa.
Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah menerima panggilan dari Mers 999 pada jam 11.48 pagi.
"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut dan bantuan dari BBP Jengka dengan kekuatan dua buah jentera pemadam telah digerakkan ke lokasi.
"Seramai 11 anggota termasuk dari BBP bantuan terlibat dalam operasi pemadaman tersebut.
"Tindakan operasi adalah dengan membuat operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos 100 kaki air pili bomba," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ujarnya, operasi tamat pada 1.25 petang dan jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!