‘Elok sangat Pas tak sertai khemah besar’
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) memanjat rasa syukur apabila Pas mengumumkan tidak menyertai ‘khemah besar’ yang dipelopori oleh Pakatan Harapan (PH).
Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan dibuat oleh parti Islam itu adalah amat baik.
Beliau dalam masa sama turut mendakwa bahawa Pas merupakan sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.
“Alhamdulillah. Elok sangat Pas tak sertai khemah besar.
“Jika tidak, busuk sekhemah macam plastik sampah lori tak mai (datang) ambil dua minggu,” katanya menerusi ciapan di twitternya pada Rabu
Pas sebelum ini dilapor tetap dengan pendirian untuk tidak sesekali menyertai 'khemah besar' politik yang dipelopori PH meskipun telah berkali-kali ditawarkan untuk menyertainya.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa pendirian itu sudah dibincangkan secara bersama antara parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN).
Tambah beliau, strategi untuk bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tidak akan diulangi, memandangkan Pas telah merasainya selama 20 tahun termasuk ketika membentuk Pakatan Rakyat (PR).
Alhamdulillah. elok sangat Pas tak sertai khemah besar. jika tidak busuk sekhemah mcm plastik sampah lori tak mai ambik 2 minggu.ini lah Ibarat Pas parti yg tidak boleh dipercayai
— Mahfuz Omar (@MahfuzOmar) April 27, 2022
Keputusan Pas kekal, tidak akan sertai 'khemah besar' PH- Sanusi https://t.co/eMb9KMnKKf
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!