Kadar tambang pesawat tinggi dikaji semula di Arab Saudi

Kadar tambang penerbangan domestik yang tinggi di Arab Saudi kini dikaji semula. - Foto Reuters
Kadar tambang penerbangan domestik yang tinggi di Arab Saudi kini dikaji semula. - Foto Reuters
A
A
A

RIYADH - Pihak berkuasa penerbangan Arab Saudi baru-baru ini berkata pihaknya akan mengkaji semula tambang penerbangan selepas terdapat laporan tentang kenaikan tambang penerbangan domestik.

Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Saudi (GACA) berkata, ia telah mengambil langkah-langkah yang kondusif untuk mengkaji semula harga pengangkutan udara dan peningkatan kapasiti tempat duduk serta bilangan penerbangan.

Langkah-langkah itu, menurut GACA bertujuan untuk menjamin wujudnya tambang penerbangan yang sesuai kepada penumpang, meningkatkan daya saing dalam sektor pengangkutan udara dan melindungi hak pengembara.

“Pihak berkuasa baru-baru ini menyedari perubahan dalam corak harga beberapa kategori tiket penerbangan dan mengikuti laporan mengenai kadar tambang penerbangan domestik,” kata GACA dalam satu kenyataan di

Bagaimanapun, ia tidak mendedahkan langkah-langkah khusus itu.

Menurut akhbar Al-Watan, penerbangan dari sempadan utara Arab Saudi ke Jeddah dengan kelas pelancong berharga SR1,200 (RM1,394) manakala penerbangan dari ibu negara Jordan, Amman ke Jeddah atau ibu negara Saudi Riyadh berharga antara SR400 (RM464) hingga SR600 (RM697). - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!