1,000 anggota polis siap sedia kawal PRK DUN Rantau

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Lebih 1,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia menghadapi PRK DUN Rantau, pada 9 April depan.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Samad Yahya berkata, pihaknya sudah pun bersiap sedia dari segi keselamatan, lalu lintas dan perkara lain yang berkaitan.

"Kita dah buat segala persiapan termasuk latihan pengendalian pilihan raya dan gerak kerja anggota dan kita yakin semuanya akan berjalan lancar.

"Lagipun ini bukan pertama kali kita berdepan PRK di Negeri Sembilan, sebelum ini di Parlimen Port Dickson,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-212 di Sekolah Latihan Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Selain itu, beliau mengingatkan penyokong dan pengundi supaya mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan polis sepanjang tempoh PRK berkenaan.

"Kita harap masyarakat juga dapat berkempen secara matang dan tak timbulkan sebarang provokasi serta menggunakan media sosial dengan sebaiknya," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengumumkan PRK DUN Rantau diadakan pada 13 April depan, hari penamaan calon 30 Mac manakala tarikh mengundi awal 9 April.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!