redONE beri semangat empat keluarga di Selangor, Negeri Sembilan rai Ramadan dan Syawal
Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang buat selamalamanya. Itulah yang dirasai Jamilah Mohd Nor, 49, yang kematian suami, Mohd Ariffi n Mat Samin akibat Covid-19 pada 2 Julai 2021.
“Sepanjang tiga bulan selepas hari raya tahun lalu arwah sihat tetapi kesihatannya merosot disebabkan Covid-19. Dia hanya sempat berpesan minta saya jaga anak-anak.
“Kami sekeluarga tidak menyangka sama sekali dia turut menjadi mangsa namun kami reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Buat pertama kali Jamilah menyambut Ramadan dan Syawal tanpa anpa suami di sisi. Keterujaan arwah suami membuat persiapan kini hanya tinggal kenangan.
“Setiap kali raya, arwah akan minta saya masak kuah kacang daging untuk dimakan dengan lemang dan nasi impit. Tahun ini saya akan buat juga untuk anak-anak,” kata Jamilah yang ditemui ketika kunjungan sempena program ‘Colours Of Ramadhan’ (COR) bersama redONE di rumahnya di Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga, Shah Alam.
Ibu lima anak itu menerima sumbangan barang dapur bernilai RM300 dan tunai RM1,500 tajaan redONE.
“Sumbangan ini akan saya gunakan untuk menampung perbelanjaan sepanjang Ramadan dan persiapan Aidilfitri,” katanya.
Bagi Nurmarzarina Nasuha Mazlan, 18, yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Kampung Baru Hicom, Shah Alam, kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 meninggalkan kesan emosi yang mendalam.
“Kami terdengar-dengar dengkuran ayah. Seperti dia masih ada bersama kami. Ayah selalu tidur luar (ruang tamu) dan dia berdengkur. Kami sangat rindukan keadaan itu,” katanya.
Anak sulung itu mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-adik selepas bapanya, Mazlan allimin@Abd Samad, 43, meninggal dunia disusuli ibunya, Norazlina Hamidah, 42, enam bulan selepas itu.
“Kami sedih tidak dapat mencium jenazah mak dan ayah buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka,” katanya.
Dia dan adiknya, Nurirdina Husna, 17, dan Fatin Nuraina, 14, menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka dengan pengawasan seorang ibu saudara.
Meskipun sayu mengenangkan sambutan Aidilfi tri, namun mereka sentiasa ingat pesanan ibu agar mengejar cita-cita sehingga berjaya demi jaminan masa depan.
Situasi sama turut dirasai Nurhairiaka Rodzi, 19, dan empat adiknya yang kehilangan ibu dan bapa akibat Covid-19.
Baginya, Ramadan kali ini sangat berbeza, namun dia bersyukur dengan bantuan tidak putus-putus diterima mereka untuk meneruskan hidup. “Alhamdulillah, ramai yang prihatin dan hulur pelbagai bantuan.
“Terima kasih redONE datang menceriakan saya, adik-adik dan nenek yang kini menjaga kami,” katanya yang tinggal di Bandar Sunggala, Port Dickson.
Sementara itu, ibu tunggal, Fazliaton Zakaria, 49, kini bergantung hidup sepenuhnya dengan lima daripada 10 anaknya yang sudah bekerja. Akuinya, Ramadan kali ini terasa kosong tanpa suami.
Namun anak-anak memberinya kekuatan untuk meneruskan hidup.
“Apabila suami yang selama ini jadi tempat bergantung sudah tiada, kehidupan saya dan anak-anak terasa kurang.
“Selalunya arwah paling risau jika barang dapur tak cukup dan dia akan cari rezeki lebih sambil dibantu anak-anak yang bekerja,” katanya yang terharu menerima kunjungan redONE. Tontoni episod akhir ‘Colours Of Ramadhan’ ini di youtube.com/user/myred1mobile
Santuni keluarga mangsaredONE menyasarkan kira-kira 30 keluarga golongan tidak berkemampuan yang menjadi mangsa Covid-19 di seluruh negara menerima bantuan menerusi program ‘Colours Of Ramadhan’ (COR).
Menurut rakan niaga redONE, Norhakimi Ishak, mereka ini dibantu menerusi sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai.
“Sumbangan diberikan kepada setiap keluarga terpilih untuk digunakan pada Ramadan dan Syawal,” katanya.
Kekal berhubung dengan insan tersayang menerusi pelan tanpa had redONE Postpaid Hybrid50U. Ramadan ini, walaupun jauh dari yang tersayang anda akan tetap terasa dekat.
Pelan ini menyediakan internet dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan menawarkan 10GB internet berkelajuan tinggi kepada penggunanya.
Dengan hanya serendah RM50 sebulan, anda tidak akan terikat dengan kontrak apabila melanggan pelan ini. Bagi yang disenarai hitam, anda juga layak!
Menariknya, dengan rangkaian 4G LTE terluas yang ditawarkan, anda masih boleh berhubung walau di kawasan pedalaman.
“Kami turut merasai denyut nadi mereka yang kehilangan tunggak keluarga akibat Covid-19. Moga sumbangan kecil ini mampu membangkit semangat untuk mereka menyambut Ramadan dan Syawal,” - Ketua Pegawai Operasi redone, Tee Yew Yaw
Inilah kelebihan redONE, sepanjang 10 tahun memberi perkhidmatan pelbagai tawaran disediakan untuk golongan B40 atau mereka yang ingin berjimat cermat tanpa perlu membayar lebih.
Jika berminat untuk melanggan pelan tanpa had ini atau lain-lain pelan redONE Postpaid hanya dari RM8 sebulan, lawati Kedai Rakan Niaga redONE yang terdekat atau layari redONE.com.my.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!