Pantas teroka pasaran baharu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu bergerak lebih pantas memasarkan minyak kelapa sawit negara ke pasaran baharu seperti di Timur Tengah, Afrika dan Ethiopia.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, langkah itu harus dilakukan segera kerana negara-negara pesaing turut berusaha memasarkan produk mereka ke negara tersebut.

“Kita melihat pesaing minyak sawit negara telah masuk ke pasaran baharu ini. Jadi kalau lambat dan kita tak pergi beri kesedaran mempromosikan minyak sawit negara mungkin kita akan hilang pasaran di negara-negara berpotensi tersebut,” katanya ketika ditemui media di Lobi Parlimen, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kempen burukkan imej kelapa sawit tak boleh diterima'

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh menambah, negara-negara baharu itu telah memberi reaksi yang baik terhadap pengeluaran minyak sawit negara namun kerajaan mahu mereka mengimport dalam jumlah yang besar.

“Sebab itu kita perlu berjumpa dengan kerajaan mereka di Arab Saudi dan Ethiopia pada Mei ini,” jelasnya.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan mungkin bertindak balas dengan menghentikan pengimportan barangan tertentu dari negara Eropah jika mereka masih meneruskan sikap tidak adil dan diskriminasi terhadap minyak sawit negara.

Parlimen Eropah telah mengundi untuk mengharamkan penggunaan minyak sawit dalam penghasilan bio bahan api di Kesatuan Eropah (EU) menjelang 2021, dengan mengelaskan pokok sawit sebagai punca kepada pemusnahan hutan hujan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!