Hadi Fayyadh akui teruja

Hadi Fayyadh bersama para pemain Harimau Muda ketika menjalani sesi latihan di Kompleks Sukan INSPEN Bangi.
Hadi Fayyadh bersama para pemain Harimau Muda ketika menjalani sesi latihan di Kompleks Sukan INSPEN Bangi.
A
A
A

PENYERANG skuad Bawah 23 (B-23), Hadi Fayyadh Abdul Razak tekad mahu merebut slot utama negara bagi menghadapi Sukan SEA Hanoi, Vietnam bulan depan.

Enggan mempersiakan perjalanan beribu batu dari Jepun ke tanah air, justeru Hadi Fayyadh berazam memberikan yang terbaik pada sesi latihan dijalankan ketika ini dalam misi memikat perhatian barisan kejurulatihan negara.

“Bagi soal pemilihan pemain, itu semua terletak pada jurulatih. Kerja saya hanya lakukan yang terbaik bagi mendapatkan kepercayaan 'coach' Brad Maloney.

“Saya pun sudah datang dari jauh (Jepun) dan sudah semestinya mahu dapat tempat dalam skuad akhir. Saya akan tunjukkan kepada coach Brad Maloney yang saya layak berada dalam pasukan.

“Saya harap doa dan sokongan semua orang kepada supaya saya dapat lakukan terbaik dan berjaya,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Sukan Institut Penilaian Negara (INSPEN) Bangi.

Hadi Fayyadh sebelum ini pernah membarisi skuad Sukan SEA negara edisi Filipina 2019, yang mana Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan setelah tewas kepada Kemboja.

Sementara itu, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui pengalaman tiga tahun beraksi bersama dua kelab di Liga Jepun bersama Fagiano Okayama dan Azul Claro Numazu banyak membantu mematangkan pemainnya.

“Saya yakin mampu memberi sesuatu yang positif buat skuad B-23 negara bagi mengharungi Sukan SEA Hanoi.

“Sudah semestinya sebab kita tahu Jepun antara liga raja bola sepak di Asia, dan kita boleh nampak mereka sudah pun beraksi banyak kali di Piala Dunia. Saya percaya segala ilmu dan pengalaman di Jepun, dapat membantu saya ketika bermain bersama pasukan B-23 negara,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!