Tak perlu lagi sokongan wakil rakyat

Hannah ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Hannah ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini tidak perlu lagi mendapatkan sokongan wakil rakyat untuk membuat permohonan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, perkara itu diputuskan susulan aduan daripada pemohon sebelum ini yang merungut proses tersebut menyukarkan mereka, lebih-lebih lagi apabila pemohon tidak sealiran politik dengan wakil rakyat tersebut.

"Bahagian (kolum) untuk mendapatkan sokongan wakil rakyat telah dikeluarkan.

"Kalau mereka nak mohon bantuan JKM mereka tak perlu pergi cari Ahli Parlimen atau ADUN.

"Malah ada rintihan dan aduan di kawasan tersebut kalau tak sokong saya (wakil rakyat), saya tak bagi tanda tangan," katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Hannah, ini merupakan sebahagian daripada proses pembaharuan di mana borang permohonan tersebut turut diringkaskan dari 10 muka surat kepada tiga muka surat.

"Jadi, sekarang ini semua kolum macam ni kita dah keluarkan daripada proses supaya mereka yang hantar dokumen mematuhi syarat, mereka layak dapat bantuan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!