Arab Saudi kutuk serangan bom di Universiti, Karachi

Empat termasuk tiga warga China terbunuh dalam insiden letupan bom di Universiti Karachi di Pakistan, pada Selasa. - Foto EPA
Empat termasuk tiga warga China terbunuh dalam insiden letupan bom di Universiti Karachi di Pakistan, pada Selasa. - Foto EPA
A
A
A

JEDDAH - Arab Saudi pada Khamis mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom yang berlaku berhampiran institut China di Universiti Karachi, Pakistan pada Selasa.

Kementerian Luar Arab Saudi sekali lagi mengulangi solidaritinya terhadap Kerajaan Pakistan dan sentiasa berdiri teguh bersama negara itu dalam memerangi keganasan dan ekstremisme, lapor SPA.

Selain itu, kementerian turut menegaskan mengenai pendiriannya membantah jenayah yang bercanggah dengan prinsip agama, moral dan nilai kemanusiaan.

Kementerian turut mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa serta kerajaan dan rakyat Pakistan.

Menurut laporan media, kejadian itu meragut nyawa empat orang termasuk tiga guru warga China.

Laporan menyebut kejadian itu bertujuan menjejaskan hubungan Pakistan-China dan kerjasama ekonomi kedua-dua negara. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!