Ibu, bapa tiri direman kes dera dua anak

Laporan Sinar Harian Online pada Khamis.
Laporan Sinar Harian Online pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Ibu kandung dan bapa tiri direman tujuh hari sehingga 5 Mei ini bagi membantu siasatan kes dera dua anak mereka di Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, penahanan wanita berusia 31 tahun itu dilakukan pada jam 5.30 petang di Jalan Kolam Air, dekat sini pada petang Khamis.

Terdahulu, suaminya yang berusia 33 tahun berjaya ditahan di Jalan Sungai Petani, dekat sini pada jam 3.30 pada hari sama.

"Bapa tiri dan ibu mangsa kini direman selama tujuh hari sehingga 5 Mei ini bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan kesan lebam pada tangan seorang murid perempuan berusia lapan tahun di sebuah sekolah rendah di Alor Setar membongkar kisah dirinya yang didakwa telah didera oleh bapa tirinya.

Kejadian tersebut disedari guru murid tersebut yang kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada guru kaunseling dan pentadbiran Sekolah sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Setar.

Murid itu mendakwa telah didera oleh bapa tirinya dan turut menjadi mangsa adalah adik perempuannya berusia enam tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!