13 pelajar terlibat dalam pergaduhan bebas dengan jaminan polis
ALOR SETAR - Seramai 13 pelajar Tingkatan Empat yang ditahan pada Khamis kerana terlibat dalam kejadian membelasah seorang pelajar beramai-ramai di sebuah sekolah menengah di Langkawi dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, semua pelajar telah diambil rakaman percakapan bagi membantu siasatan.
"Seramai 13 pelajar yang ditahan pada Khamis telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat.
"Rakaman percakapan telah diambil dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan polis menahan 13 pelajar tersebut untuk merakamkan percakapan susulan kejadian tersebut yang dipercayai akibat perselisihan faham.
Mangsa berusia berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi pada pagi Rabu selepas dipukul oleh beberapa pelajar lain di sekolah tersebut pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!