Guardian tawar penjimatan harga sehingga 50 peratus
GUARDIAN Malaysia (Guardian) menerusi jualan istimewa Hari Raya Guardian, ‘Tawaran Lebaran, Kembalikan Kemeriahan’ menawarkan pelbagai barangan keperluan kesihatan dan kecantikan harian dengan potongan harga sebanyak 50 peratus bermula dari 27 April hingga 29 Mei 2022.
Ketua Pemasaran, Guardian Malaysia dan Brunei, Angela Teo berkata, ia merupakan masa yang terbaik untuk orang ramai mendapatkan barangan kesihatan dan kecantikan diperlukan untuk sambutan hari raya bersama sahabat handai dan yang tersayang.
“Sebagai contoh, anda boleh jimat sehingga 50 peratus untuk produk penjagaan kulit dan penjagaan diri dan 30 peratus untuk penjagaan kosmetik dan penjagaan kesihatan.
“Selain itu, tedapat juga tawaran istimewa seperti pek Promosi Bonanza untuk penjagaan kulit dengan penjimatan 20 peratus hingga 35 peratus untuk produk penjagaan kulit sensitif dan lebih 1,570 produk dijual pada harga RM10 sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, Guardian juga menawarkan promosi lain termasuklah beli dua jimat lebih untuk produk penjagaan peribadi, penjimatan sehingga 30 peratus untuk produk penjagaan ibu dan anak dan penjimatan sehingga 30 peratus untuk lebih 730 produk penjagaan kesihatan.
“Selain daripada semua promosi menarik ini, pelanggan juga boleh menyertai peraduan “Scratch & Win Festive Bonanza” dengan pelbagai hadiah menarik berjumlah RM5 juta untuk dimenangi.
"Apa yang perlu dilakukan adalah berbelanja minimum sebanyak RM40 dalam satu resit untuk mendapatkan kad gores dan menang dan lihat apa yang dimenangi.
“Selain daripada hadiah pertama sebuah motosikal Yamaha MT-25, pelanggan juga boleh memenangi telefon pintar Samsung Galaxy Flip 3 5G, Thermomix, Ogawa Aromatic Face Steamers dan baucar tunai Guardian. Peraduan ini ditutup pada 29 Mei 2022,” katanya.
Beliau berkata, untuk pengguna aplikasi Guardian, pastikan anda juga tidak terlepas tawaran App-Clusive pada setiap hari Selasa.
Dalam pada itu, Angela berkata, Guardian juga telah melancarkan video muzik pertamanya bertajuk Kembalikan Kemeriahan bersama Guardian yang membangkitkan kerinduan untuk pulang berhari raya ke kampung halaman selepas dua tahun sekatan perjalanan dibuat akibat pandemik Covid-19.
Video muzik ‘Kembalikan Kemeriahan bersama Guardian’ kini boleh ditonton di platform media sosial Guardian melalui Facebook: @Guardianmy, Instagram: @Guardianmy dan YouTube: @Guardian MY.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!