Peralatan judi haram hampir RM1 juta dilupuskan
BERA - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera melupuskan peralatan perjudian haram termasuk 2,048 set komputer bernilai hampir RM1 juta di sini, hari ini.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, peralatan yang juga barang kes itu adalah hasil rampasan dari 2009 hingga tahun ini di Bera dan dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah.
"Sebanyak selepas 159 kes membabitkan Seksyen 4 B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 berjaya diselesaikan sepanjang tempoh tersebut," katanya selepas pelupusan barang kes berkenaan di pekarangan tapak pelupusan sampah di Kampung Chuat, Triang.
Antara barangan yang dimusnahkan dalam operasi tersebut 17 mesin simulator, 39 mesin slot, papan kekunci (382), modem (10) dan tetikus (365).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!