Anggota polis, bomba kurang berkemampuan dirai

Khalid menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai ketika Program Sentuhan Kasih Ramadan anjuran Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam bertempat di Puchong pada Khamis.
Khalid menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai ketika Program Sentuhan Kasih Ramadan anjuran Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam bertempat di Puchong pada Khamis.
A
A
A

PUCHONG - Jika sebelum ini sumbangan difokuskan kepada masyarakat, namun kelainan yang ditampilkan kali ini apabila penerima sumbangan terdiri daripada anggota polis dan bomba yang bergaji rendah dan kurang berkemampuan.

Seramai 59 anggota polis dan bomba diraikan dalam Program Sentuhan Kasih Ramadan anjuran Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam bertempat di Puchong pada Khamis.

Presidennya, Datuk Seri Dr Baharudin Abu berkata, kesemua penerima ini dipilih daripada kalangan mereka yang berpangkat rendah selain mempunyai tanggungan ramai.

"Setiap kali tibanya Aidilfitri, kita terlepas pandang akan nasib anggota polis dan bomba yang mana mempunyai bilangan anak yang ramai dan gaji yang tidak tinggi.

"Jadi, program kali ini kita tampilkan kelainan dengan memberikan sumbangan Aidilfitri kepada mereka, setidaknya memberikan mereka sedikit kegembiraan untuk menyambut Aidilfitri," katanya kepada Sinar Harian selepas Program Sentuhan Kasih Ramadan anjuran Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam bertempat di Puchong pada Khamis.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Khalid Othman berkata, pihaknya menghargai inisiatif yang dilaksanakan Pertubuhan Sentuhan Kasih Al-Qalam dalam memberikan sumbangan kepada anggota polis terlibat.

"Dengan sumbangan ini setidaknya memberikan keceriaan kepada anggota dan semangat dalam menjalankan tugas," katanya.

Program yang dijalankan turut melibatkan gotong-royong memasak 1,500 bungkus bubur lambuk dan sumbangan minyak petrol percuma kepada 100 motosikal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!