Bulan Ramadan Bulan Pemulihan
Pengasas Madrasah Darul Solihin Al Qadiri Ustad Khairul Umam Muhit, 46 (kiri) meluangkan masa dan mendekati pelatihnya ketika tinjauan di Kampung Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam.
Pelatih yang ditempatkan di madrasah itu kebanyakannya terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah penyalahgunaan dadah, mental dan sosial. Mereka akan menjalani pemulihan akhlak serta jati diri dengan mempelajari ilmu agama serta kerohanian. Pusat pemulihan tersebut tidak
menggunakan sebarang ubat-ubatan moden mahupun tradisional sejak dari penubuhannya pada tahun 2007 sebaliknya mereka percaya dengan mengaplikasikan perubatan Islam, mampu membantu pelatih di situ menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam tempoh dua tahun. Salah seorang
pelatih yang hanya ingin dikenali Azroy berkata dengan cara pemulihan itu, ia dapat membantu dirinya untuk pulih dan tidak lagi menjadi hamba dadah malah kini diberikan kepercayaan menjadi warden bagi memantau dan membantu pelatih-pelatih yang baharu. Beliau yang berasal dari Melaka itu
berkata dirinya dimasukkan ke pusat berkenaan dua tahun lalu oleh keluarganya ekoran sering keluar masuk penjara akibat masalah dadah. Menurut Pengasas Madrasah Kahirul Umam Muhit, 46, ataua lebih dikenali sebagai Ustaz Khairul, mereka akan berada di pusat tersebuut untuk tempoh
minima 12 bulan serta akan mengikuti siri pemulihan dengan amalan zikir Manaqib. Pusat Pemulihan Darussolihin mengalu-alukan sebarang kerjasama mahupun bantuan yang ingin dihulur oleh individu, syarikat atau badan berkaitan bagi kelangsungan pusat itu serta ia membantu anak bangsa
yang kurang mendapat tumpuan dan perhatian masyarakat - Foto Bernama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!