Johor mahu tubuh Majlis Rendah Karbon
Exco Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi, Tan Hong Pin berkata, IMELC adalah aktiviti pembelajaran murid sekolah yang berkaitan agenda rendah karbon dan memupuk amalan 3R (reduce, reuse, recyle) dengan mewujudkan modul pembelajaran kitar semula di peringkat tadika dan sekolah.
“Program ini melibatkan sebanyak 232 sekolah rendah membabitkan 27,125 murid dan sebanyak 45,540 kilogram barangan kitar semula sebulan telah berjaya dikumpulkan,” katanya.
Hong Pin (DAP-Skudai) berkata demikian ketika menjawab soalan Norhayati Bachok (Amanah-Maharani) mengenai keberkesanan peraturan pengasingan sisa pepejal yang berkuat kuasa 1 September 2015 untuk meningkatkan amalan 3R pada Sidang Dun Johor di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Menurutnya, Majlis itu juga bertanggungjawab merancang program kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Tzu Chi dan pengajian tinggi.
“Pihak-pihak tersebut akan memantau pelaksanaan secara holistik untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap program 3R supaya negeri ini dapat dibangunkan secara mampan.
“Kadar kitar semula dicatatkan sebanyak 21 peratus pada 2017 meningkat kepada 24.6 peratus pada tahun ini selepas bermulanya peraturan pengasingan sisa pepejal yang berkuat kuasa pada 1 September lalu,” katanya.
Hong Pin berkata, namun peningkatan sebanyak 3.6 peratus dalam dua tahun tidak boleh dianggap berjaya dan tidak dapat membantu meringankan beban serta memanjangkan hayat tapak pelupusan yang banyak dirancang ditutup dalam satu hingga tiga tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!