Pengayuh beca dipanggil beri keterangan

Raja Shahrom (dua,kanan), Adly (tengah) dan Hasim memotong kek sempena
Sambutan Peringatan Hari Polis Ke- 212 di IPK Melaka, Bukit Beruang.
Raja Shahrom (dua,kanan), Adly (tengah) dan Hasim memotong kek sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke- 212 di IPK Melaka, Bukit Beruang.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang individu dipercayai pengayuh beca yang bertindak merakam dan menularkan video memfitnah kerajaan negeri akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pihaknya sudah menerima laporan yang dibuat terhadap lelaki berusia 36 tahun itu setelah Pengurus Besar Menara Taming Sari, Muhammad Md Nor membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah, semalam.

Menurutnya, kertas siasatan berkenaan insiden itu dibuka setelah menerima laporan polis dan akan memanggil individu terbabit dalam masa terdekat ini untuk merakam keterangan.

"Aduan telah dibuat pihak Menara Taming Sari dan kita akan memanggil individu terbabit dalam masa terdekat untuk diambil keterangan.

"Pada permulaan ini, kita percaya berdasarkan video yang ditularkan ia kemungkinan mempunyai tujuan lain," katanya.

Raja Shahrom
Raja Shahrom

Raja Shahrom berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media selepas Perbarisan Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke- 212 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri (SUK), Datuk Hasim Hassan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Sementara itu, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis meminta permohonan maaf daripada lelaki terbabit yang juga pengayuh beca kerana dakwaan itu sama sekali tidak berasas.

"Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan supaya mereka beredar dan saya tidak tahu ia arahan siapa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!