Filipina tahan orang kanan NDF
MANILA - FILIPINA. Pasukan keselamatan Filipina mengesahkan penahanan jurucakap parti komunis Barisan Demokratik Nasional (NDF) di Laguna pada Sabtu.
Francisco Fernandez ditahan berdasarkan waran tangkap kerana memiliki senjata api secara haram.
Fernandez, 71, adalah orang kanan NDF yang keenam diberkas polis selepas rundingan damai dengan kerajaan dan pemisah komunis menemui kegagalan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!