Pesawat tentera Ukraine serang wilayah Rusia
BRYANSK - Sebuah pesawat pasukan keselamatan Ukraine melancarkan serangan di wilayah Bryansk pada Sabtu.
Pasukan pertahanan udara tempatan mengesan percubaan pesawat tentera Ukraine untuk menceroboh ruang udara negara itu, menurut Gabenor Bryansk, Aleksandr Bogomaz di aplikasi Telegram.
Pesawat itu dihalang daripada memasuki ruang udara Rusia.
Namun, ia berjaya melepaskan dua buah misil yang mendarat di perkampungan Zhecha, tidak jauh dari sempadan bersama kedua-dua buah negara dengan Ukraine, katanya.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Bagaimanapun, kemudahan terminal minyak tempatan mengalami kerosakan kecil.
Gabenor itu turut menyiarkan imej kawah besar yang terbentuk dan bangunan yang rosak akibat serangan itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!