Putera Charles 'pecah tradisi'
HAVANA - CUBA. Putera Charles dan isterinya, Camilla berkunjung ke Havana, semalam dalam lawatan rasmi pertama keluarga diraja Britain ke Cuba.
Jadual lawatan selama tiga itu termasuk acara makan malam bersama Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel, berkunjung ke daerah bekas dijajah, melawat komuniti dan projek tenaga hijau serta menyaksikan perarakan kereta antik British.
Difahamkan, lawatan diraja itu bertujuan untuk memulihkan hubungan antara Barat dan Cuba itu berlaku tiga tahun selepas bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengambil langkah membuka lembaran baharu bersama 'musuh lama' Perang Dingin'. - Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!