Ajal ketika hantar keluarga pulang beraya

Seorang anggota polis berpangkat koperal maut selepas Perodua Aruz yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang awal pagi Ahad.
Seorang anggota polis berpangkat koperal maut selepas Perodua Aruz yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang awal pagi Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Niat murni seorang anggota polis berpangkat koperal menghantar ahli keluarganya untuk pulang menyambut Aidilfitri tidak kesampaian apabila dia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Kilometer (km) 15, jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang, awal pagi Ahad.

Dalam kejadian jam 4.50 pagi itu, mangsa, Ahmad Ibrahim, 31, yang bertugas di Balai Polis Trafik Klang, Selangor maut di lokasi manakala anaknya, Nur Ariana Sofia, tiga, mengalami kecederaaan parah.

Sementara isteri mangsa, Nurulasma Zakaria, 31, serta dua lagi anak mereka masing-masing berusia lapan bulan dan empat tahun cedera ringan.

Turut cedera ringan dua adik ipar mangsa yang berumur 27 dan 19 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai dalam perjalanan menghantar ahli keluarga ke kampung.

"Setiba di lokasi kejadian, Perodua Aruz dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan terbabas ke dalam sungai.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad..

Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!