'Henti politik label-melabel'

Ciapan Khairy di laman mikro Twitter miliknya.
Ciapan Khairy di laman mikro Twitter miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta semua pihak menghentikan politik murahan yang melabelkan lawan dengan gelaran tertentu.

Beliau merujuk kepada perbalahan antara Pas dan DAP berkaitan isu gelaran Taliban dan komunis.

Katanya, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memang salah kerana membandingkan kerjasama UMNO-Pas dengan Taliban, namun menuduh DAP sebagai komunis juga salah.

"Kita mesti menghentikan politik label-melabel murahan," katanya di Twitter, hari ini.

Beliau turut menyertakan pautan laporan berita mengenai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melabelkan DAP sebagai komunis.

Sebelum ini, Kor Ming dilaporkan berkata, kerjasama Pas-UMNO akan menjadikan Malaysia negara Taliban.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!