Tanya khabar jiran alami kesusahan pada Syawal: Najib
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan supaya umat Islam untuk meluangkan masa bertanya khabar dengan jiran tetangga.
Najib berkata, ia kerana ada dalam kalangan mereka menghadapi kesusahan dan kesempitan wang.
“Bantulah, jagalah mereka dan keluarga.
“Hulurkan sumbangan di mana diperlukan dan iku kemampuan.
“Pastikan segalanya mencukupi untuk mereka dan keluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan orang ramai supaya bertemu dengan petugas barisan hadapan untuk memberi kata-kata semangat.
“Ada juga yang tidak dapat sambut raya kerana urusan kerja seperti petugas barisan hadapan, warga perubatan dan anggota keselamatan.
“Jika berkesempatan bertemu mereka, sampaikan salam Hari Raya dan berikan kata-kata semangat juga.
“Ribuan terima kasih atas jasa dan pengorbanan saudara-saudari demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!