Ciri baharu MySejahtera, adakah masih relevan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KERAJAAN telah mengumumkan kelonggaran tiga prosedur operasi standard (SOP) utama yang diguna pakai sejak negara dilanda pandemik Covid-19, bermula 1 Mei lalu.

Ia membabitkan SOP berhubung pemakaian pelitup muka di tempat awam, mengimbas kod QR MySejahtera dan keperluan menjalani ujian saringan pantas antigen (RTK-Ag) di lapangan terbang.

Imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan apabila seseorang memasuki premis atau tempat-tempat awam bermula 1 Mei lalu.

Walau bagaimanapun, pada Selasa, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan aplikasi MySejahtera dikemas kini dengan ciri-ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Beliau berkata, dengan fungsi terbaharu itu, pengguna boleh melihat kawasan titik panas penyakit selain Covid-19, seperti demam campak, rabies, HFMD dan demam denggi.

Tambah Khairy Jamaluddin, fungsi HotspotTracker yang dahulu digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes Covid-19 akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker.

Beliau berkata, kawasan berkenaan akan ditentukan berdasarkan jumlah kes aktif di kawasan lingkungan pengguna untuk setiap penyakit berjangkit.

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Harian di beberapa laman sosial mendapati rata-rata netizen telah nyahpasang (uninstall) aplikasi tersebut daripada telefon bimbit mereka sejak pengumuman kerajaan tentang kelonggaran SOP tersebut.

Malah, ada yang mendakwa pertambahan ciri tersebut hanya untuk membazirkan harta rakyat dan negara.

Justeru persoalan di sini, adakah masih relevan aplikasi tersebut? Atau ia masih berfungsi untuk kegunaan harian?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!