Yilamaran gembira harumkan nama Malaysia, Johor
ATLET karate negara, V Yilamaran mengakui gembira apabila dapat meraih pingat perak untuk kontinjen negara di Sukan Deaflympics Caxias do Sul 2022, Brazil pada Selasa.
Menurut atlet berusia 22 tahun itu juga berterima kasih atas sokongan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), jurulatih, keluarga dan semua pihak yang telah memberi sokongan kepadanya selama ini.
"Saya sangat gembira dan berpuashati dengan pencapaian di Sukan Deaflympic Brazil kerana ini merupakan penyertaan pertama.
"Saya juga amat berbangga kerana dapat menghadiahkan pingat untuk Malaysia serta Johor negeri kelahiran saya," kata Yilamaran.
Pada perlawanan akhir kumite 84 kilogram (kg),
Yilamaran yang tampil cemerlang sepanjang perjalanan ke pentas final terpaksa mengalah kepada pengalaman atlet Ukraine, Makhno Oleksandr.
"Saya telah mencuba sedaya upaya untuk menewaskan Makhno tetapi beliau ternyata lebih berpengalaman untuk mengatasi saya," ujar Yilamaran lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!