Ismail Sabri zahir penghargaan kepada pasukan bomba

Hantaran Ismail Sabri menerusi Facebooknya pada Rabu.
Hantaran Ismail Sabri menerusi Facebooknya pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa bangga kerana mempunyai pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang sentiasa bersedia membantu Keluarga Malaysia tanpa mengira masa.

"Siap siaga pada setiap bencana, marak api mereka tawan untuk menyelamatkan Keluarga Malaysia demi tugas yang diamanahkan.

"Mereka wira kebanggaan negara, barisan hadapan yang sentiasa bersedia tanpa kira waktu membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan pertolongan," katanya menerusi hantaran di Facebooknya sempena Hari Bomba Sedunia yang disambut pada Rabu.

Ismail Sabri dalam masa sama turut mengucapkan penghargaan kepada anggota bomba dan penyelamat negara ini.

"Terima kasih kepada anggota bomba dan penyelamat negara. Selamat Hari Bomba Sedunia, bomba barisan hadapan Keluarga Malaysia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!